Infaq Van Jenazah Masjid Parit Setongkat
Sertai usaha murni Masjid Parit Setongkat, Muar untuk menyediakan van jenazah demi kemudahan masyarakat. Hulurkan infaq anda hari
Dalam suasana hiba, kita hanya mahu menguruskan jenazah mereka dengan penuh penghormatan.
Tapi… bagaimana jika van jenazah yang sepatutnya membawa mereka dalam perjalanan terakhir rosak, bocor, dan uzur?
Inilah realiti yang dihadapi oleh Masjid Parit Setongkat, Muar, Johor. Van jenazah yang telah berkhidmat bertahun-tahun kini berada dalam keadaan yang sangat daif.
Pintu kemik dan sukar ditutup
Enjin bocor teruk dan sering tersadai
Keadaan dalaman uzur dan tidak selesa
Kami tidak mahu lagi melihat keluarga si mati terpaksa menunggu lama kerana van jenazah mengalami masalah di tengah jalan. Kami tidak mahu melihat jenazah terpaksa diuruskan dalam keadaan tidak sempurna hanya kerana kenderaan utama sudah uzur.
Kos ini bukan sahaja untuk membeli van jenazah, selesa, dan selamat , tetapi juga untuk menyediakan kit jenazah lengkap, supaya setiap urusan pengebumian berjalan lancar dan penuh penghormatan.
Gambar: Kit Jenazah yang akan digunakan untuk pengurusan jenazah
Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada satu AMAL JARIAH yang PAHALANYA BERTERUSAN!
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak soleh.” (HR Muslim)
Sumbangan anda untuk van jenazah ini adalah satu sedekah jariah yang akan terus mengalir pahalanya selagi van ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat.
Sertai usaha murni Masjid Parit Setongkat, Muar untuk menyediakan van jenazah demi kemudahan masyarakat. Hulurkan infaq anda hari
Ditubuhkan pada 7 Jun 2023 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258], Yayasan Mihrab wujud sebagai platform untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat. Kami berfokus kepada empat kluster utama: Pendidikan, kebajikan, perubatan, dan ekonomi, dengan perhatian khusus kepada pembangunan golongan belia.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
Sertai usaha murni Masjid Parit Setongkat, Muar untuk menyediakan van jenazah demi kemudahan masyarakat. Hulurkan infaq anda hari